SEKIRANYA BELUM BERKAHWIN

  • 0
Sekiranya Anda belum berkahwin, biasanya soalan yang paling kerap ditanya kepada Anda ketika bertanya khabar adalah bila hendak berkahwin. Soalan tersebut terkadang diajukan kerana sekadar hendak bertanya dan beramah mesra, kadang untuk menggesa, boleh jadi untuk merisik, tidak kurang pula untuk menyakat. Hu hu hu...
Kepada yang bertanya, saya rasa tak perlu bertanya soalan tersebut kepada mereka yang masih bujang sekiranya tiada keperluan yang mustahak kerana boleh jadi mereka merasa tidak selesa dengan soalan itu. Mengikut fitrah, semua orang hendak berkahwin. Apabila tiba masanya nanti in syaa Allah dia akan maklumkan juga pada kita. Apa yang lebih baik menurut saya adalah kita doakan semoga Allah pertemukan dia dengan jodoh yang terbaik. Dan sekiranya ada calon yang dirasa sesuai, boleh cadangkan kepadanya dan cuba bantu dia bagi menguruskan proses seterusnya.

Kepada yang ditanya pula janganlah berkecil hati. Kita tidak dapat menghalang orang daripada bertanya kerana masyarakat ita suka beramah mesra dan berbudi bahasa. Tapi insya Allah kita mampu mengawal hati kita daripada merasa tidak selesa atau bersedih. Salah satu caranya ialah dengan bersangka baik kepada Allah SWT. Apa yang pasti Allah SWT telah tentukan jodoh seseorang sejak ia masih berada di dalam kandungan ibunya.

Ada satu pesan yang sangat menarik tentang jodoh yang saya dapat pada Blog Ada Gambar. Pesan tersebut adalah sebagai berikut:

JODOH DAN MAUT

"Rezeki akan datang pada kita seperti mana maut akan datang pada kita. Jodoh juga akan datang pada kita seperti mana maut akan datang pada kita, yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh tak datang datang maka berkahwinlah kita dengan maut, tapi jangan bimbang, kerana andai kata kita mati dalam keadaan beriman, jodoh kita tetap setia menanti di shurga, tapi jika kita mati tak beriman, maka membujanglah kita dalam neraka walau di dunia punyai banyak kekasih!"

“Makanlah kau buah zakum sorang sorang.”

Woha!

Walau bagaimanapun soalan tersebut boleh dijawab seperti ini, "Nanti apabila saya hendak berkahwin, in syaa Allah saya akan maklumkan. Ok!" Harapannya selepas ini orang yang bertanya soalan itu tidak akan bertanya lagi soalan yang serupa. :D

No comments:

Post a Comment