SEKIRANYA SUDAH BERKAHWIN

  • 0
Setelah beberapa bulan berkahwin, orang-orang di sekeliling kita akan mula bertanya apakah isteri sudah mengandung? Bagi yang belum mengandung mungkin akan merasa kurang selesa dengan soalan seperti itu. Syaitan pula terus menghasut bagi menambah kegelisahan di dalam hati.

Saya sendiri perlu menunggu selama 18 bulan sebelum isteri saya disahkan mengandung.

Kita tidak dapat menghalang orang daripada bertanya kerana masyarakat kita suka beramah mesra dan berbudi bahasa. Tapi in syaa Allah kita mampu mengawal hati kita daripada merasa tidak selesa atau bersedih. Salah satu caranya ialah dengan bersangka baik terhadap Allah SWT.

Sekiranya kita berasa sangat berat diuji dengan masalah belum mendapat zuriat, ketahuilah sebenarnya ada orang lain yang diuji dengan pelbagai masalah yang lebih berat. Contohnya:
  • Keguguran ketika mengandung.
  • Tiada harapan mendapat zuriat kerana suami/isteri didapati menghidap penyakit tertentu. 
  • Isteri meninggal ketika melahirkan anak.
  • Anak meninggal ketika dilahirkan.
  • Isteri dan anak meninggal ketika bersalin.
  • Anak dilahirkan dalam keadaan tidak sihat/sempurna.
Seorang mukmin itu perlu merasai nikmat sabar dan ia melaluinya dengan pelbagai rasa sebelum bergembira merasai nikmat syukur.

Tanamkan di dalam hati dengan penuh keyakinan dan baik sangka bahawa sesungguhnya Allah SWT sentiasa memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu kerana apa yang kita mahu tidak semestinya kita perlu. Dia  adalah sebaik-baik perancang. Dan Dia telah merancang apa yang terbaik bagi setiap hamba-Nya.

Wallahu ta'ala a'lam.

No comments:

Post a Comment