MENANG KONTES 2 IN 1

  • 4
Alhamdulillah kathira! Saya baru saja memenangi Kontes Azam 2011 yang dianjurkan oleh Mat Joe. Untuk menyertai kontes ini seseorang hanya perlu membuat satu entry tentang azam. Apa yang menarik tentang kontes ini, untuk satu entry ini seorang peserta secara automatik menyertai 3 kategori iaitu (1) Entry Azam 2011 (2) Share dan Like (3) Matjoe's Reader Choice. Ini bermakna peluang untuk menang adalah sangat besar.

Alhamdulillah! Setakat ini saya telah menang untuk kategori (1) dan (2). Kedua-duanya menang tempat ketiga. :) Ini bermakna saya berhak untuk mendapatkan (1) RM 30 + 1 e-b00k hartanah Abang Ensem bernilai RM 20 dan (2) Sebalang cookies Kak Ina KL. Saya tak menyangka boleh terpilih menjadi pemenang unuk kategori (1). Kalau untuk kategori (2) saya memang ada strategi sendiri untuk menang, walaupun sekadar di tempat ketiga. He he he...

Manakala untuk kategori (3), memandangkan Mat Joe hanya memilih seorang pemenang, peluang untuk menang sangatlah kecil. Ditambah pula persaingan ketat di antara Mama Zharfan dan Hans membuat saya sekadar menjadi pemerhati. He he he...

Tentang hadiah kategori (1), saya sebenarnya sudahpun membeli ketiga-tiga e-book Abang Ensem yang tinggal menunggu masa sahaja untuk dipraktikkan. :) Kalaulah Abang Ensem ada e-book ke-4. He he he... (Rupanya e-book ke-4 sedang dalam proses penulisan dan jika sudah siap nanti Abang Ensem telah berkenan untuk menghadiahkan e-book tersebut kepada saya, insya Allah). Manakala tentang hadiah kategori (2), sejak awal lagi ketika Mat Joe bercerita tentang cookies ini, saya sangat teringin untuk mencubanya. Hu hu hu... Alhamdulillah! Selepas Hari Raya Cina nanti insya Allah cookies tersebut akan sampai ke alamat saya.

Terima kasih banyak kepada Mat Joe kerana menganjurkan kontes ini. Tidak lupa pula terima kasih banyak kepada para penaja yang membuat kontes ini menjadi semakin meriah. Tahniah kepada para pemenang. Dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang membantu dan menyokong saya sehingga boleh memenangi tempat ketiga bagi kategori (1) dan (2). Dan akhirnya, alhamdulillah Rabb al-'alamin 'ala kulli hal wa fy kulli hal wa ni'mah!

4 comments:

  1. Ebook ke 4 saya masih dalam pembikinan. Insyaallah akan saya e-mailkan satu copy setelah siap nanti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Akhirnya Abang Ensem tau jugak pasal hadiah e-book ni. :) Terima kasih banyak-banyak kerana sudi memenuhi harapan saya.

    Tak sabar nak praktik ilmu dan perkongsian yang ade dalam e-book dan blog Abang Ensem.

    Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan dan membalas jasa baik Abang Ensem dengan limpahan kebaikan. Allahumma amin!

    ReplyDelete
  3. tahniah broo... dpt no 2..
    ekau duk seromban ker?

    baru den tau no1 dan no 2 dari nogori rupanye...

    no 3 dari mana pulak ek??

    ReplyDelete
  4. Tahniah jugak kerana dapat #1! :) Saya dapat #3 je. MET yang dapat #2.

    Saya kerja kat Kuantan. Tapi orang rumah tinggal kat Seremban. Jadi saya balik Seremban kalau cuti je. Hu hu hu...

    Azam tahun 2012 nanti nak pindah kerja dan tinggal kat Seremban, insya Allah. :) Semoga Allah mudahkan. Allahumma amin!

    ReplyDelete