TULISAN PELAJAR RIAB

  • 0
Saya habis belajar kat Darul Quran JAKIM tahun 2006. Tapi sebab visa masih panjang, awal tahun 2007 baru balik Aceh.

Nak sambung belajar kat Syria tak lepas, akhirnya saya sambung degree kat Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Jambi sejak hujung tahun 2007 sampai hujung 2009.

Sebelum pergi ke Jambi, di samping bertugas sebagai imam di Masjid Darul Falah Gampong Pineung, saya juga kerja sekejap kat Hikmah Computer.

Tokey Hikmah Computer ini abang saya, Saiful Rias. Kami menyediakan perkhidmatan sewa komputer, printing, typing dan lain-lain yang berkaitan. Kebanyakan pelanggan adalah warga Universitas Syiah Kuala dan IAIN Ar-Raniry.

Nak dijadikan cerita, pernah sekali ada pelanggan hantar skrip minta tolong taip. Bila diperhatikan tulisan tangan pelanggan itu, saya macam dapat cam tulisan budak sekolah mana.

Untuk pastikan perkara tersebut, saya tanya adakah dia dulu belajar kat sekolah itu? Dan ternyata tekaan saya adalah tepat.

Pelanggan itupun tanya, macam mana boleh tahu. Saya cakap yang saya pun dulu sekolah kat sana. Jadi boleh nak agak tulisan tangan pelajar sekolah itu. Hehe.

Ya, Tuan Puan. Saya belajar di Madrasah Aliyah Ruhul Islam Anak Bangsa (RIAB). Dan bentuk tulisan tangan sebahagian pelajar kat sana hampir sama, tak jauh beza.

Kami tidak pernah dipaksa untuk menulis seragam. Saya dan beberapa orang kawan memang berlatih sendiri memperbaiki tulisan kami. Dan mungkin kebetulan pula tulisan yang kami jadikan rujukan adalah serupa.

Sebahagian daripada kami ada buku conteng-conteng yang digunakan untuk berlatih menulis. Satu muka surat atau lebih habis untuk berlatih tulis satu huruf sahaja. Rupanya aktiviti itu ditiru dan diteruskan oleh adik-adik.

Saya keluar dari RIAB tahun 2002. Tahun 2004 adik saya Najmul Falah pula masuk. Selepas itu saya perasan tulisan tangan dia pun berubah jadi macam tulisan khas pelajar RIAB. Kahkah.

Ini cerita dulu. Sekarang tak pasti adakah budaya ini masih lagi diwarisi. Harapnya ada kawan-kawan yang berkhidmat kat RIAB sudi komen. Hehe.

RFS
Jurusan MAK
RIAB 1999-2002
P/S: Kat gambar ini tulisan masa tahun 2003, baru setahun keluar Dari RIAB. Selepas berbelas tahun, tulisan tangan saya banyak mengalami pengubahsuaian mengikut keperluan dan peredaran zaman. Hihi.

P/P/S: Update terkini. Penolong Pengarah RIAB, Ustazuna Muhammmad Fadhillah mengesahkan bahawa amalan berlatih memperbaiki tulisan tangan ini masih diteruskan oleh pelajar sekarang.

No comments:

Post a Comment