KEKURANGAN COOKIES KAK INA KL

  • 3
Alhamdulillah! Cookies dari Kak Ina KL sebagai hadiah menang Kontes Azam 2011 anjuran Mat Joe telahpun sampai di MTNP, tempat saya berkhidmat sekarang. Diposkan menggunakan pos laju. Semalam dihantar, hari ini sampai. :)

Untuk pengetahuan, pemenang yang lain hanya mendapat sebalang cookies isi 50 keping seharga RM 25 sahaja. Tapi saya membuat permintaan khas supaya dikirimkan sebalang cookies isi 100 keping seharga RM 45. Untuk RM 20 lagi, Mat Joe tolak dari hadiah RM 30.

Saya menempah cookies yang isi 100 keping kerana terhasut oleh provokasi Mat Joe tentang kesedapan cookies ini. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Hu hu hu...

Sampai di bilik, saya terus membuka bungkusan berisi cookies tersebut. Saya begitu teruja untuk segera memakannya. Setelah mencuba beberapa keping, izinkan saya memberi sedikit komen. Sebelumnya, jemput tengok gambar cookies tu dulu! :)
Ok! Bersedia! Memandangkan Mat Joe dan beberapa rakan blogger Kak Ina KL telah menulis tentang kelebihan-kelebihan cookies tersebut, saya tergerak hati untuk menuliskan sebaliknya. Semoga Kak Ina KL tidak marah dengan pandangan ikhlas saya ini. :)

Beberapa kekurangan cookies ini adalah:
  1. Pada saya, cookies ini kurang sesuai dihidangkan ketika Hari Raya. Sebab rasanya yang sedap boleh menyebabkan tetamu hendak memakannya lagi dan lagi. Kalau dah macam tu, cepat sangat habis. Silap-silap tuan rumahpun dapat makan sikit je :D
  2. Saiz cookies ini kurang besar. Tapi kalau saiznya agak besar, pasti cepat habis sebab jumlahnya semakin sedikit. Kalau asalnya 50 keping, mungkin akan jadi 25 keping. Kalau ada 5 orang makan, setiap orang hanya dapat 5 keping. Sikitnya! Mesti tak cukup. He he he...
  3. Cookies ini kurang banyak kalau hanya dapat yang 50 keping. Sebab memang tak puas makan kalau cuma banyak tu. Apatah lagi kalau makan ramai-ramai. Sekali duduk boleh habis. Ha ha ha... Nasib baik saya tempah yang 100 keping. Bertuahnya saya! :)
Itulah beberapa kekurangan cookies Kak Ina KL yang boleh saya senaraikan. Kalau masih ada lagi, akan saya tambahkan kemudian.

Jadi selepas mengetahui beberapa kekurangan cookies ini tapi Anda masih tetap mahu menempahnya, sila terus hubungi Kak Ina KL. Kalau ikut cakap Mat Joe, Kak Ina KL boleh dihubungi melalui e-mail roslana_06@yahoo.com.my.

Tempah! Jangan tak tempah! :D

3 comments:

  1. salam bro,

    ambo pun dapat cookies ni kelmarin....memang kurang la.
    kurang kolestrol, gelatin dan karbon dioksida.

    ReplyDelete
  2. haha, mmg best cookies ni. kekurangan yg menguntungkan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi bagi komen pasal kukis akak. N3 ni akak letak bawah kategori Duta Kukis akak yer..terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete