PROFIT-BASED MEDICINE?

  • 0

Biasanya setiap kali sebelum ke klinik langganan, suri saya akan menelefon klinik terlebih dahulu bagi memastikan bahawa doktor yang bertugas adalah doktor pilihan kami.

Namun minggu lepas ketika anak saya sakit kulit, saya terus membawa anak ke klinik tanpa bertanyakan siapa doktor yang bertugas. Kebetulan doktor yang sedang bertugas ketika itu sememangnya bukan doktor yang biasa menjadi pilihan kami.

Selepas pemeriksaan dibuat, saya bertanyakan apa nama penyakit yang menyerang kulit anak saya. Kata beliau, "impetigo."

Saya bertanya lagi adakah ia berjangkit memandangkan anak saya seorang lagi seakan mula menunjukkan gejala serupa. Tambahan pula anak saya dijaga di pusat asuhan bersama kanak-kanak lain.

Beliau mengatakan tidak berjangkit. Saya agak musykil kerana biasanya sakit kulit boleh berjangkit.

Saya bertanya sekali lagi sebelum keluar dari bilik rawatan. Jawapan yang diberikan sama. Oh, ok. Namun dalam hati masih ragu.

Keraguan saya bertambah apabila mendapat ubat daripada kaunter farmasi. Saya menjangkakan hanya akan menerima satu dua ubat sahaja iaitu ubat sapu dan minum.

Namun saya mendapat ubat tambahan iaitu ubat demam/tahan sakit (walaupun anak saya tidak demam dan doktor sendiri sudah membuat pemeriksaan menggunakan alat pengukur suhu badan) dan ubat tahan gatal/selesema. Di samping itu antibiotik diarahkan supaya diminum sebanyak 3.5ml 4 kali dalam sehari. Oh!

Apakah perkara ini juga dinamakan dengan praktik PROFIT-BASED MEDICINE?

Saya tidak pasti.

RFS

No comments:

Post a Comment