FINANCIAL CONFIDENCE

  • 0

Kali ini saya nak share tentang Financial Confidence. 

Ha?! Apa benda tu?

"Financial Confidence is the ability to make everything back if you were to suddenly lose it. True financial confidence means that you are not bound by any job, country, or material possessions. Your skills and abilities create financial confidence, because no one can take them away from you." Dan Lok

Secara mudahnya, walau apapun yang berlaku, anda ada kebolehan untuk menghasilkan wang dengan kemahiran yang anda ada sekarang. 

Kalau tak ada skill ini, apabila sumber pendapatan utama hilang atau terjejas, orang akan hilang punca dan tak tahu nak buat apa. Itulah yang banyak berlaku apabila pandemik melanda negara dan dunia sejak tahun lepas.

Orang-orang hebat, mereka ada financial confidence ini. Bila diberhentikan kerja, dia terus kerja sendiri (freelance) ikut kepakaran yang dia miliki. Ada yang bisnes tiba-tiba jatuh sebab PKP, dia terus tukar bisnes lain. Dan rupanya pendapatan yang dihasilkan sama, malah kadang-kadang lebih baik daripada kerja atau bisnes mereka sebelumnya. 

Adakah anda dah capai financial confidence?

Cuba jawab soalan ini dulu.

Sekiranya anda kehilangan segalanya hari ini; wang, harta, kerja atau bisnes, adakah anda boleh bangkit semula? Nak sara diri, keluarga dan bayar komitmen sedia ada lagi?

Ya, nak dapat balik semua itu memang ada prosesnya dan makan masa. Tapi ada tak keyakinan anda boleh survive dan akhirnya akan kembali macam asal atau bahkan mungkin lebih lagi? 

Jika jawapan anda ya, maka syabas dan tahniah!

Jika jawapan anda tidak, maka sesuatu perlu dilakukan sebelum malapetaka yang lebih buruk berlaku.

Fuhhh... Bunyi macam seram, kan? 

Tapi itulah realiti yang boleh berlaku dan malah dahpun berlaku. Ada waktu ketika bisnes yang anda bina merudum, runtuh, kena tipu. Gaji atau elaun kena potong, kena berhenti kerja. Atau pelaburan yang anda join rugi besar, duit kena bawa lari, market crash, property rosak, penyewa lari. Dan macam-macam masalah lagi. 

Semua itu di luar kawalan kita, sebab kita tak tahu pun bila benda itu nak jadi. Lepas ini muncul pula krisis apa lagi, kita pun tak tahu. 

Kita tak boleh nak salahkan keadaan atau takdir. Itu semua adalah proses kehidupan, nak tak nak bila dah jadi terpaksa hadap juga. 

Sebab itu financial confidence ini sangat penting. Tak kan nak tunggu benda buruk jadi dulu baru terhegeh-hegeh nak cari solution, kan?

Jadi, macam mana nak capai financial confidence? 

Insya-Allah saya akan cuba terangkan dalam posting seterusnya. 

Cuma sebagai penutup, saya nak share tentang cerita Tuan Hafiz Mansor yang jatuh bankrap, tapi boleh survive dan bangkit untuk jadi kaya. Beliau adalah seorang yang ada financial confidence. RFS boleh ikuti kisah jatuh bangun beliau kat sini - yup.la/lpx

Sekian. Terima kasih sudi baca sampai habis. Stay safe and keep healthy. 


RFS

BIO HACK: MAKAN BESAR TAPI MAINTAIN SIHAT DAN SLIM

  • 0
Sekarang kan sedang cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Dah tentu ramai yang jadikan peluang ini untuk cheat diet, makan sedap-sedap dan puas-puas. Kan? Hihi.

Ben Greenfield, seorang jurulatih kecergasan ternama dari US ada berkongsi tips bio hack simple untuk kekal sihat dan slim walaupun makan banyak. 

Jadi berdasarkan kajian yang beliau jumpa, ada 2 cara yang boleh kita buat.

1. Kajian di Jepun mendapati bahawa kita dapat kawal paras gula dalam darah selepas makan minum macam-macam dengan berjalan selama 15 minit. 

Ataupun...

2. Sebelum makan, bersenam dulu sekejap. Ya, tak perlu lama, 30 saat sahaja pun dah cukup. Boleh buat squat, lunges, pumping. Kalau terlebih rajin, buatlah jumping jack atau burpees. Kahkah. 
Ben sendiri biasanya sebelum makan besar akan beransur sekejap pergi ke tandas, bukan untuk buang tapi sebab nak buat squat. 

Ok, itu sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih sudi baca sampai habis dan selamat beramal.

RFS
Health is wealth

P/S: Kalau nak tengok video Ben cakap pasal benda ni, boleh tengok dalam komen kat sini - https://youtu.be/zbtDOzy34-Y

P/P/S: Kat atas itu gambar mi Aceh kat Warung Mie Bang Baka 1990, Jalan Study Found, Kuta Alam, Banda Aceh. Alhamdulillah, hari itu sempat merasa sebelum balik Malaysia.

MANFAAT AUTOPHAGY BILA BERPUASA

  • 0
Petang tadi keluarga saya makan ayam penyet. Tapi saya tak makan. Bila masuk waktu maghrib, saya hanya minum air kosong, kemudian terus gerak ke surau.

Lepas solat isyak, kat surau ada sediakan kuey tiaow goreng, bihun goreng, popia dan teh tarik. Tapi saya terus balik.

Saya sedang puasa sejak petang semalam sampai pagi esok. Sasaran kali ini nak puasa sekurang-kurangnya 36 jam. Kalau lebih, kira bonus.

Salah satu manfaat utama daripada puasa adalah autophagy, iaitu satu proses di mana badan kita membuang sel-sel lama dan rosak bagi digantikan dengan sel-sel baru dan baik. Bila proses ini berlaku, insya-Allah badan akan beransur menjadi lebih sihat dan kuat.

Proses autophagy ini tak berlaku dan boleh terganggu bila ada makanan/minuman masuk perut. Sebab bila kita makan minum (kecuali air kosong), hormon insulin dalam badan akan naik.

Tak lapar ke tak makan? Tipu lah kalau tak lapar langsung. Lapar memang ada, tapi tak ada rasa sampai nak kebulur. Hehe.

Ok lah, nak tido dulu. Kalau tido lambat, hormon kortisol pula naik. Bila kortisol naik, badan jadi lebih lapar dan tekanan darah juga jadi tinggi.

Selamat berehat.

RFS
IF for Life

P/S: Rekod puasa paling lama yang pernah saya buat, 50 jam lebih sikit.

RESET BODY DENGAN INTERMITTENT FASTING

  • 0
Masa balik Aceh itu hari, jadual Intermittent Fasting saya terganggu. Selalunya buat 16 jam atau lebih. Masa kat sana dapat buat 12 jam sahaja. Itupun kadang-kadang ada yang tak cukup. Huhu.
Rasa tak tenteram pula kalau tak makan puas-puas, sebab banyak yang sedap-sedap dan harga pun murah. Contohnya roti bakar coklat macam dalam gambar kat atas. Harganya cuma Rp10k atau sekitar RM3 sahaja. 

Kat kedai yang sama juga ada jual kebab daging Rp10k, burger special (daging dengan telur) Rp10k, mi/nasi goreng telur Rp8k dan Indomie (macam Maggie) goreng Rp7k. Sekali makan kenyang dengan harga serendah RM3 ke bawah. Kan murah tu? 

Bagi mengurangkan rasa bersalah dan memperbaiki kesilapan itu, baki bulan Januari ini saya berazam nak buat IF sekurang-kurangnya selama 24 jam untuk beberapa hari. 

Alhamdulillah, dah mula sejak semalam dan hari ini dapat sekalikan dengan puasa sunat.

RFS
IF for Life

P/S: Last meal, 7:30 petang semalam. Next meal: 7:30 pagi esok. Total: 36 jam. Buka puasa nanti minum green tea dan air kosong sahaja.

TULISAN PELAJAR RIAB

  • 0
Saya habis belajar kat Darul Quran JAKIM tahun 2006. Tapi sebab visa masih panjang, awal tahun 2007 baru balik Aceh.

Nak sambung belajar kat Syria tak lepas, akhirnya saya sambung degree kat Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Jambi sejak hujung tahun 2007 sampai hujung 2009.

Sebelum pergi ke Jambi, di samping bertugas sebagai imam di Masjid Darul Falah Gampong Pineung, saya juga kerja sekejap kat Hikmah Computer.

Tokey Hikmah Computer ini abang saya, Saiful Rias. Kami menyediakan perkhidmatan sewa komputer, printing, typing dan lain-lain yang berkaitan. Kebanyakan pelanggan adalah warga Universitas Syiah Kuala dan IAIN Ar-Raniry.

Nak dijadikan cerita, pernah sekali ada pelanggan hantar skrip minta tolong taip. Bila diperhatikan tulisan tangan pelanggan itu, saya macam dapat cam tulisan budak sekolah mana.

Untuk pastikan perkara tersebut, saya tanya adakah dia dulu belajar kat sekolah itu? Dan ternyata tekaan saya adalah tepat.

Pelanggan itupun tanya, macam mana boleh tahu. Saya cakap yang saya pun dulu sekolah kat sana. Jadi boleh nak agak tulisan tangan pelajar sekolah itu. Hehe.

Ya, Tuan Puan. Saya belajar di Madrasah Aliyah Ruhul Islam Anak Bangsa (RIAB). Dan bentuk tulisan tangan sebahagian pelajar kat sana hampir sama, tak jauh beza.

Kami tidak pernah dipaksa untuk menulis seragam. Saya dan beberapa orang kawan memang berlatih sendiri memperbaiki tulisan kami. Dan mungkin kebetulan pula tulisan yang kami jadikan rujukan adalah serupa.

Sebahagian daripada kami ada buku conteng-conteng yang digunakan untuk berlatih menulis. Satu muka surat atau lebih habis untuk berlatih tulis satu huruf sahaja. Rupanya aktiviti itu ditiru dan diteruskan oleh adik-adik.

Saya keluar dari RIAB tahun 2002. Tahun 2004 adik saya Najmul Falah pula masuk. Selepas itu saya perasan tulisan tangan dia pun berubah jadi macam tulisan khas pelajar RIAB. Kahkah.

Ini cerita dulu. Sekarang tak pasti adakah budaya ini masih lagi diwarisi. Harapnya ada kawan-kawan yang berkhidmat kat RIAB sudi komen. Hehe.

RFS
Jurusan MAK
RIAB 1999-2002
P/S: Kat gambar ini tulisan masa tahun 2003, baru setahun keluar Dari RIAB. Selepas berbelas tahun, tulisan tangan saya banyak mengalami pengubahsuaian mengikut keperluan dan peredaran zaman. Hihi.

P/P/S: Update terkini. Penolong Pengarah RIAB, Ustazuna Muhammmad Fadhillah mengesahkan bahawa amalan berlatih memperbaiki tulisan tangan ini masih diteruskan oleh pelajar sekarang.