UCAPAN TAKZIAH UNTUK KAK AKMA BESERTA KELUARGA

  • 0
Assalamualaikum Wbt

Ana baru sahaja mendapat khabar bahwa Ustaz Mohd Fauzi Azizan, suami kepada Kak Akma (pelajar Darul Quran JAKIM sesi 2001-2004) baru sahaja meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi. Semoga pemergian beliau pada penghulu segala hari ini merupakan petanda husn al-khatimah dan ruh beliau diterima pada tempat yang mulia di sisi Allah SWT.

Beberapa hari terakhir ini ana mengikuti perkembangan berita tentang Ustaz Fauzi di yahoogroup, blog, facebook dan khabar dari kawan-kawan sesama pensyarah di MTN Pahang.

Ana dengar beliau sebelum ini kemalangan motor dengan motor semasa dalam perjalanan dari masjid nak balik ke rumah. Beliau beberapa hari di Hospital Selayang tak sedarkan diri. Hatta leher beliau ditebuk bagi membantu pernafasan. Wallahu ta'ala a'lam.

Semalam, kami warga MTNP sempat melakukan solat hajat untuk beliau. Semoga ini merupakan keputusan yang terbaik dari Allah. Tentu ada banyak hikmah yang terkandung di sebalik musibah ini sama ada kita tidak tahu ataupun kita tahu sebahagiaannya sekarang ataupun kita baru tahu pada masa yang akan datang. Wallahu ta'ala a'lam.

Kepada keluarga yang ditinggalkan semoga bersabar atas ujian ini. Tiada pesan yang lebih patut untuk disampaikan kepada orang yang ditimpa musibah selain BERSABAR atas ketetapan daripada Allah.

"Dan sampaikanlah khabar genbira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali'." (al-Baqarah: 155-156)

"Sesungguhnya bagi orang-orang yang bersabar akan disempurnakan pahala yang tiada terkira." (al-Zumar: 10)

Katakanlah (Muhammad), "Tidak akan menimpa kami kecuali apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung, dan kepada Allah hendaklah bertawakal wahai orang-orang yang beriman!". (al-Taubah: 51)

Daripada Syu'aib Bin Sinan, Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh pelik ('ajib) keadaan orang mukmin. Segala keadaan adalah baik baginya. Jika mendapat kesenang kemudian dia bersyukur, maka baginya kebaikan. Jika mendapat kesusahan (musibah) kemudian dia bersabar, maka baginya kebaikan. (H.R. Muslim)

Daripada Abu Hurayrah, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah, maka ia akan diberi cobaan." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurayrah, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seorang muslim sama ada kesusahan, penderitaan, kesedihan, kedukaan, penyakit, bahkan kerana duri melainkan dihapuskan oleh Allah dengan itu sebahagian dosa-dosanya. " (H.R. Bukhari dan Muslim)

Kepada sahabat dan sahabiyah yang berpeluang untuk berziarah, sangat digalakkan untuk berbuat demikian. Bagi yang ingin menghubungi pihak keluarga arwah, bolehlah menghubungi talian 019 395 2144. Sekian dari ana.

Wallahu ta'ala a'lam

Wassalamualaikum Wbt

Raisul Fadhla Bin Safiruddin
Diploma Tahfiz dan Dakwah
Darul Quran JAKIM
Sesi 2003-2006

No comments:

Post a Comment